January 3, 2014

Harga Fancy Cookies 2014

Ramai yang telah bertanya dan survey tentang harga fancy cookies ni. Biasanya customer akan survey harga dari beberapa penjual yang lain untuk compare harga. Mestilah, kita sebagai customer nak dapat best deal kan. Saya pun macam tu juga, akan compare harga daripada beberapa penjual yang lain, mana yang lebih murah dan berkualiti itulah yang jadi pilihan. Masa saya ke kelas fancy cookies dulu, sifu saya bagitau harga pasaran fancy cookies agak mahal. Dari survey saya pun harganya agak mahal sebab cara buatnya yang agak remeh dan ambil masa lama untuk royal icing keras. Jika banyak warna digunakan, lagilah lama masa diambil sebab kena tunggu colour pertama agak kering, baru diwarna dengan colour kedua supaya colour tak bercampur. Selalunya untuk satu cookies siap ambil masa antara 1 hingga 3 jam, termasuk bakar-decorate-packing. Anyway, buat cookies ni sangat fun and penatnya tak terasa lepas tengok cookies yang colourful dan comel2 tu siap. Tentang cookies saya pula, ada yang kata agak murah dari penjual yang lain dan ada juga yang kata lebih mahal.

Kenapa harga fancy cookies saya lebih murah

1. saya adalah homebased online business - tidak menyewa kedai atau mana2 premis, so tiada cost tersebut diserap dalam harga jualan. Tapi saya mendaftar perniagaan di SSM ye (dengan kos RM10 je setahun).

2. tiada pekerja - semua saya yang buat dari uli tepung, bakar, decorate and packing. Tapi kadang2 my husband pun tolong packing....(voluntarily), so cost upah pekerja pun tak diserap ke dalam harga jualan.


Kenapa harga fancy cookies saya sedikit mahal

1. Best ingredient - saya guna real butter (Anchor) bukan Buttercup or margerine, (even masa pergi kelas fancy cookies dulu, sifu ajar and bagi resepi guna margerin). Cookies yang guna butter of course lebih wangi dan sedap compare to cookies yang guna marjerin, tak lemau dan kurang fragile. Cookies yang guna marjerin juga sangat berminyak and dari sudut kesihatan kurang baguslah sebab marjerin dibuat dari lemak sawit, butter pula dari lemak susu.  Masa mula2 dulu saya guna marjerin, so saya tau perbezaan antara both ingredients. Harga butter lebih mahal sikit dari marjerin, tapi jika compare kelebihannya, lebih baik guna butter untuk cookies yang lebih wangi dan sedap.

2. Tepung pula saya guna tepung Red Rose, iaitu tepung khas untuk cookies, bukan tepung gandum biasa. Harganya lebih mahal sedikit dari tepung biasa. Walaupun agak mahal, terpaksa juga guna kerana ia lebih berkualiti dan biskut tahan lama, kalau tak percaya tanya Kak Wan

3. untuk royal icing, saya guna meringue powder, bukan putih telur mentah. Royal icing fancy cookies dibiar kering dan keras tanpa masak, jadi jika menggunakan putih telur, bermakna menggunakan telur mentah. Ia masih boleh dimakan, cuma berisiko tercemar dengan bakteria salmonella dan mungkin keracunan. Meringue powder pula adalah serbuk putih telur yang telah diproses dan insyaAllah lebih hygenic, and of course lebih mahal....

4. Cookies ni adalah a piece of art juga, Hasil kerja tangan saya tak sama dengan hasil kerja tangan orang lain kan. Sebab nak siapkan cookies ni sangat memakan masa terutama untuk cartoon character, kena teliti dan sabar.


Hopefully dengan penjelasan di atas, anda dapat tahu serba sedikit tentang produk saya, dan bijak memilih kerana keputusan di tangan anda…


Harga Fancy Cookies based on size, design dan colour combination.
Untuk size 2.5 inci (6 cm) = RM3.00 (without stick), RM3.50 (with stick)
Untuk size 3 inci (7.6 cm) = RM3.50 (without stick), RM4.00 (with stick)
Untuk size 4 inci (10 cm) = RM4.50  (without stick)

Cartoon Character Cookies : RM4.00 - RM5.00 (without stick) - 3" dan 4" sahaja


Harga setiap cookies adalah berbeza bergantung pada design dan warna, jika tidak banyak colour dan masa melukis singkat, maka lebih murahla. So jika ada design ekslusif anda sendiri, yang belum pernah saya buat, hantarkan gambar atau detail decscription (email, whatsapp, SMS) untuk quotation

email : ilyaanetwork@gmail.com
phone / SMS / whatsapp : 012-3547407 (ilani)


Harga cookies mungkin berubah dari masa ke semasa, mana tahu kan, semua kos dah naik, minyak, elektrik  , maybe harga bahan mentah bakeri pun naik. Mungkin juga business berkembang maju, dan saya terpaksa menyewa kedai dan mengupah pekerja (mudah-mudahan..Amin)


-Thanks-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...