September 3, 2013

Resepi Fancy Cookies dan Royal Icing

resepi fancy cookies dan royal aising


FANCY COOKIES

250gm butter
140gm gula kastor
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
110gm superfine flour
340gm red rose flour

1. ayak tepung bersama baking powder
2. dalam bekas lain putar mentega dengan gula hingga sedikit kembang
3. masukkan telur dan esen vanilla, putar lagi hingga sebati
4. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan adun hingga menjadi doh
5. masukkan ke dalam peti ais 1 - 2 jam sebelum dipotong
6. canaikan doh setebal 1/4 inch dan terap dengan cookie cutter
7. bakar pada suhu 175C selama 10-12minit mengguna api atas bawah
8. keluarkan dari oven, biarkan 5 minit didalam dulang pembakar sebelum transfer ke atas wire rack
9. hias dengan royal icing setelah biskut sejuk


ROYAL ICING

1/3 cup meringue powder
800g gula aising
3/4 cup air suam + lemon jus dari sebiji lemon (tapis untuk elak biji dan pulp lemon)

1. lap semua utensil dengan cuka atau lemon (kulit lemon yang telah diperah tadi) untuk menghilangkan sisa2 minyak. Jangan gunakan mangkuk dan spatula jenis plastik kerana ia menyerap minyak dan boleh menjejaskan royal icing. Royal icing yang terkena minyak tidak keras dan mudah hancur (brittle).
2. campurkan meringue powder dengan gula aising hingga sebati
3. masukkan air + lemon jus dan putar dengan speed perlahan hingga kental
4. resepi ini sesuai untuk consistency outlining, untuk flooding perlu tambah sedikit air hingga agak cair. Kelikatan royal aising penting, jika terlalu pekat permukaan royal aising tidak rata/licin dan jika terlalu cair lambat pula royal aising menjadi keras.
5. warnakan dengan pewarna water based (saya guna soft gel americolor),
6. masukkan ke dalam piping bag dan start to decorate cookies

3 comments:

Aishah Noordin said...

Assalam nk tny, royal icing tu kan bole tak letak selain lemon eg limau kasturi ke limau nipis ke?

Thanks

ilani said...

Waalaikummussalam. Lemon tu optional. X letak pun xpe. Just utk stabilize royal icing. Kalau xde lemon boleh letak 1/2 tsp cream of tartar. Kalau limau lain x sure la. Tp kalau add limau nipis kedengaran macam sedap kan..mmmm

ilani said...

Waalaikummussalam. Lemon tu optional. X letak pun xpe. Just utk stabilize royal icing. Kalau xde lemon boleh letak 1/2 tsp cream of tartar. Kalau limau lain x sure la. Tp kalau add limau nipis kedengaran macam sedap kan..mmmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...