February 25, 2013

cara cairkan coklat kaedah double boiler

Tools / ingredient

Pan / periuk
Stainless steel bowl
Spatula
Coklat compound
Air
Kain lap
Piping bag

1. masukkan air kedalam periuk separuh penuh, panaskan diatas api
2. cincang coklat compound kecil2 supaya mudah hancur dan masukkan kedalam stainless steel bowl
3. setelah air mendidih, tutup api dan letakkan stainless steel bowl yang mengandungi coklat di atas periuk tadi. Untuk coklat putih dan milk coklat biarkan seketika baru letakkan bowl diatas periuk kerana suhu lebur coklat lebih rendah dari dark coklat
4. kacau dengan spatula hingga semua coklat cair
5. setelah semua coklat cair, angkat bowl dari periuk dan tuang coklat kedalam piping bag.
Lap dulu bawah bowl supaya air tidak menitik kedalam piping bag ketika menuang coklat
6. kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound, coklat courveture perlu menggunakan kaedah tempering

DO'S and DON'TS

DO
1. pastikan semua peralatan (stainless steel bowl & spatula) bersih dan kering
2. gunakan stainless steel bowl yang bersaiz lebih besar dari saiz periuk supaya bowl tidak terendam dalam air. Bowl mesti menutupi keseluruhan periuk untuk mengelak titisan wap air masuk ke dalam bowl.
3. cairkan coklat di atas wap air, bukan didalam air panas, dasar bowl tidak boleh terendam dalam air panas, tutup api ketika cairkan coklat
4. jika hendak mewarnakan coklat, gunakan pewarna berasas minyak (oil based)

DON'T
1. Tidak tutup api ketika cairkan coklat
2. rendam bowl di dalam air panas atau bowl di atas tidak menutupi keseluruhan periuk di bawah

3. coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air
4. menggunakan pewarna water based
5. tutup stainless steel ketika coklat masih panas, ia akan menghasilkan wap air yang mungkin menitis ke dalam coklat dan merosakkan coklat

coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat.


Coklat yang rosak, berketul2 dan agak pekat.

Coklat yang rosak tidak sesuai lagi digunakan untuk membuat coklat kerana sukar untuk mengeras dan susah dikeluarkan dari mold, tetapi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk membuat coklat ganache, kek, biskut dan sebagainya.

Mudahkan..selamat mencuba!!

*gambar semua ehsan dari google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...