December 7, 2012

Senarai Kedai Bahan Bekalan Bakeri Klang, Shah Alam, Selangor

Dah jadi satu kemestian pulak sekarang ni bagi saya, bila berjalan kemana2 mesti cari kedai bakeri. Mula-mula dulu sebab nak cari mold coklat design baru, ye la tak semua kedai jual mold yang sama. Ada kedai yang jual mold coklat yang tak ada di kedai yang lain. Sekarang saya dah ada hampir 100 jenis mold coklat, tapi still cari lagi design2 baru.. kadang2 tengok blog / page orang lain, coklat diorang cantik2 tapi saya tak pernah pulak jumpa corak tu kat mana-mana kedai.. hu hu hu..


Selain dari mold, bahan untuk buat coklat and cookies senang di beli dikedai bakeri daripada pasar raya. So, di bawah ni senarai kedai-kedai bakeri yang pernah saya 'shopping' and sedikit review tentang kedai2 tersebut.....

1) PANDAN PUSAT BEKALAN BAKERI
    Location : Belakang Wisma Jakel, Seksyen 7, Shah Alam (sebelah restoran Wong Solo)
    Website : http://jomkepandan.blogspot.com/

    Yakin beli disini kalau bab bahan2 halal sebab kedai milik bumiputera Islam. Paling kerap ke sini sebab on the way balik ke rumah dari office..Kedai bakeri lain tutup awal tak sempat kalau pergi after office hour, Pandan tutup pukul 9 malam. Harga pun berpatutan. Selalu ke sini kalau nak beli mold coklat and kotak isi coklat. Ada juga cawangan lain di Mydin USJ1 (tak pernah pergi)


2) BAGUS
    Location : Seksyen 13, Shah Alam
    Website : http://bagus.com.my/site/index.php?cat=4&menu_group=4

    Kedai besar, luas teratur. Harga kotak and packaging item (kotak kek, kotak cupcake, sushi box dll) yang lain murah kat sini. Tapi tak banyak pilihan untuk kotak coklat. Nak beli pan untuk bakar kek pun ada, mixer KitchenAid (idaman hatiku..) pun ada.Cheese Philadelphia pun murah sebab repacking kat sini..Cawangan2 lain tak pernah sampai lagi..


3)  NANI'S
     Location : no. 49, Jalan Bunga Kertas 1D, Bukit Sentosa, 48300 Rawang
     Tel. : 03-6021 3785

Saya beli coklat compound kat sini sebab lebih murah dari kedai2 lain yang saya jumpa. Kadang2 je pergi kalau ada urusan di area sana. Saya jumpa meringue powder murah kat sana (repack).


4) ICCA
    Location : Kota Damansara. Berhampiran Sunway Giza, Belakang Standard Chartered
    Website : http://www.2decoratecakes.com/

Ibarat heaven untuk bakers, meaning semua ada..tapi a bit mahal... beli gourmet pen (jenama Americolour) kat sini RM18, jumpa kat Bagus RM13 je :(.. Suka beli colour gel paste Americolour kat sini, colour pelbagai.. kat kedai lain pun ada tapi limited colour choice.. Beli Wilton tips pun kat sini (susah wo nak cari tip #1 kat kedai lain). Cookie cutter pun banyak and paling penting meringue powder (jenama Wilton) ada jual kat sini. Pernah beli online dari diorang tapi takde stok dekat sebulan baru dapat huhuhu


5) BS BAKERY SHOP
    Location : 209, Batu 1 1/2, Jalan Meru, 41050, Klang (bertentangan Pasar besar Klang - sebelah kedai baju pengantin) dah pindah ke kedai baru tapi still berhampiran kedai lama.

Pernah pergi sekali, kedai kecil dan agak tak teratur, tapi ada barang2 jenama Wilton (colour, meringue powder dll). Kalau tak kena terjah ICCA baru jumpa...


6) YUMMIE BANGI
    Location : Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Baru pernah pergi sekali, barang banyak and murah tapi kedai agak sempit and tak kemas..Kedai tak kemas? who cares..yang penting murah kan...


7) 2PLY
    Location : Sebelah Pasar Besar Klang, boleh nampak kedai dari highway Shapadu.

Kalau tak salah dulu diorang jual barangan plastic aje, sekarang macam2 kelengkapan bakeri ada jual, and of course plastic lah :) Baking pan, dulang agak murahla kat sini. Tutup 5.30 petang, so jarang dapat pergi, and tak berapa suka sebab keadaan sekeliling yang tak best, scary kalau pegi sorang2 sebab kedai tercorot kat belakang...


8) MY CHOICE BAKERY
    Location : 16, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, Shah Alam (dekat2 Pak Li kopitiam)

Dulu2 masa mula2 berjinak2 dunia bakery, rajin ke sini, sekarang dah jarang pergi sana. Juga kedai bumiputera Islam. Ada jual cookie cutter besar2 punya and kalau nak beli filling or karamel saya beli kat sini, yakin halal..


9) ROSE BAKERY SUPPLIES
Location : 13G, Jalan Samudera Utara 11, Prima Samudera, Batu Caves (shoplot baru tepi Giant Batu Caves)

Baru pegi masa kedai ni baru buka, so barang tak banyak sangat time tu. Rasanya owner pun Bumiputera Islam. Saya beli Hazelnut Praline kat sini..murah dan sedap (info = Hazelnut praline tu samalah dengan hazelnut paste, tambah dalam coklat untuk melemakkan rasa coklat..yum yum)

Rasanya sampai sini dulu list kedai bakeri di Selangor. Banyak lagi kedai on the list yang saya nak pegi, saya akan update nanti..(orang lain jalan2 cari makan, saya jalan2 cari kedai bakeri) huhu....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...