December 6, 2012

Muzium Coklat Di Kota Damansara Dibuka Kepada Orang Ramai


KUALA LUMPUR: Muzium Coklat pertama di Asia Tenggara kini dibuka di Kota Damansara oleh syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn Bhd.
Muzium itu dibuka kepada orang ramai secara percuma mulai 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu, kata penolong pengurus besar syarikat itu, Mohd Khairudin Abdul Jalil.
Beliau berkata muzium itu yang dibuka sejak tiga minggu lepas, bukan sahajamendidik orang ramai mengenai asal-usul coklat tetapi juga manfaat coklat untukkesihatan.
Demonstrasi membuat coklat buatan tangan turut diadakan oleh pembuat coklatsyarikat itu, katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Mohd Khairudin berkata pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai pilihancoklat daripada pelbagai jenama termasuk coklat keluaran syarikat tersebutantaranya Fidani dan Danson dengan harga yang lebih murah.
"Di samping itu, pengunjung yang datang ke sini boleh membuat tempahan teruskerana kami menyediakan perkhidmatan membuat coklat untuk majlis perkahwinan,harijadi dan majlis korporat," katanya.
Beliau berkata pihaknya optimis muzium itu dapat menambah produk pelancongan negara serta setanding dengan muzium coklat di luar negara. BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...