November 7, 2012

Fancy Cookies - Terima Kasih Cikgu

Cuti sekolah dah nak bermula tak lama lagi.  Tahun depan my first son, Adam masuk darjah satu. sebelum ni 3 tahun dia bersekolah di Tadika Perpaduan Meru Indah. dari umur dia 4 tahun sampai 3 tahun kat tadika yg sama, memang otaila dia kat situ. terima kasih pada Cikgu Su n Cikgu Ayu yang banyak beri tunjuk ajar pada Adam.


fancy cookies selamat hari guru
Hadiah utk Cikgu Su n Cikgu Ayu. 12 pcs sugar cookies bentuk sunflower, daisy, tulip, butterfly n leaf.


fancy cookies indian theme henna
Yang ini special sikit sebab ada Pure Vanilla Extract lagi untuk Teacher Kogila. Because she's an Indian, so buatla corak ala2 henna gitu. 

Sebenarnya Vanilla Extract tu tersalah beli. i suka vanilla, during baking if the recipe require 1 teaspoon i will double up the vanilla. so, belila pure extract kononnya nak lg sedapla. Tapi tersalah beli sbb extract tu ada alcohol. Masa beli langsung tak perasan sebab kat kotak tulisan kecik je. Balik rumah baru terbaca kat botol. Try google, rupa2nya nak buat pure vanilla extract kena guna at least 35% alcohol setiap 13.35 ounces of vanilla bean (US regulation). Banyak lagi forum di web yang mengatakan Pure Vanilla Extact haram SINI dan SINI. Kalau majlis fatwa kebangsaan pulak kata SINI .. Daripada was2 lebih baik bagi aje kat Teacher Kogila kan, boleh dia buat biskut Deepavali ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...