September 28, 2012

Mitos Coklat


1. Coklat meningkat ‘bad cholesterol’
Walaupun memang benar bahawa coklat mengandungi mentega koko yang tinggi lemak tepu, namun ia adalah daripada asid stearik, yang tidak bertindak seperti lemak tepu. Kajian telah menunjukkan bahawa coklat tidak meningkatkan kolesterol tidak baik, malah bagi sesetengah orang, coklat sebenarnya merendahkan tahap kolesterol.


2. Coklat mengandungi kafein yang tinggi
Coklat tidak dimuatkan dengan ‘jitter-inducing compound’ dikenali sebagai kafein. Bar coklat Hershey mengandungi 9 miligram kafein dan bar Hershey Special Dark mengandungi 31 miligram, berbanding dengan 320 miligram ditemui dalam kopi grande brewed Starbuck. Coklat gelap mengandungi kafein yang lebih tinggi, tetapi tidaklah setinggi yang disangkakan.


3. Gula dalam coklat menyebabkan hiperaktif
Gula yang berlebihan menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih aktif? Tetapi lebih daripada 12 kajian yang mendalam telah gagal untuk mencari apa-apa kaitan antara gula dalam diet kanak-kanak dengan tingkah laku hiperaktif. Terdapat 2 teori; 1) persekitaran yang meransang kanak-kanak aktif (parti-parti harijadi, percutian, dll) 2)  minda ibu bapa yang menjangkakan tingkah laku hyper disebabkan sugar-fueled revelries




4. Pesakit Diabetes tidak boleh makan coklat

Coklat mempunyai glycemic index yang rendah. Kajian terbaru menunjukkan bahawa coklat gelap sebenarnya boleh meningkatkan sensitiviti insulin dalam orang-orang yang mempunyai tekanan darah yang normal dan tekanan darah tinggi dan meningkatkan disfungsi endothelial pada pesakit diabetes. Tapi  sentiasa periksa dengan doktor sebelum menikmati coklat kegemaran anda.



5.      Coklat menyebabkan kerosakan gigi dan kaviti
Satu kajian yang menyiasat pembentukan plak disebabkan coklat mendapati bahawa coklat mempunyai kurang kesan pada plak gigi berbanding gula pasir tulen. Satu kajian dari Osaka University di Jepun mendapati bahawa bahagian daripada biji koko, bahan utama coklat, menghalang bakteria mulut dan kerosakan gigi. 



6.      Coklat menyebabkan pertambahan berat badan
Satu kajian yang dibiayai oleh Institut Kesihatan Kebangsaan mendapati : Pengambilan sedikit coklat setiap lima hari seminggu telah dikaitkan dengan BMI yang lebih rendah , berbanding peserta yang tidak mengambil coklat walaupun dia makan lebih banyak kalori secara keseluruhan dan tidak melakukan senaman.


7.      Makan gula dan coklat boleh menambah kepada tekanan
Satu kajian mendapati bahawa makan 1.5 ounce coklat gelap sehari selama dua minggu mengurangkan tahap hormon tekanan dalam badan orang yang highly stressed


8. Coklat tidak mengandungi nutritional value
Coklat mempunyai status seperti Superfood. Satu bar coklat gelap mengandungi kapasiti antioksidan sebanyak 2 3/4 cawan teh hijau atau 2/3 cawan blueberry. Di samping itu, coklat juga mengandungi mineral dan serat.


 9.Coklat mesti mengandungi sekurang-kurangnya 70%  koko untuk menjadi baik untuk anda
Cadangan umum ialah untuk mengambil coklat gelap dengan minimum 70%  koko untuk meraih manfaat kesihatan kerana berpendapat semakin gelap / pekat coklat, semakin tinggi kandungan antioksidan. Walau bagaimanapun, dalam satu kajian yang mengambil masa selama 18 minggu, peserta yang memakan sejumlah kecil 50% coklat koko mengalami pengurangan ketara dalam tekanan darah sistolik dan diastolik. Selain itu, kajian lain menunjukkan peningkatan jangka pendek dalam aliran darah dan tekanan darah selepas pengambilan coklat koko gelap 60%.


10. Coklat punca jerawat
Walaupun mana-mana remaja akan memberitahu anda bahawa coklat menyebabkan jerawat, kajian seawal tahun 1960-an telah gagal untuk menunjukkan apa-apa hubungan antara pengambilan coklat dan jerawat. Satu kajian yang luas dalam
Journal of the American Medical Association menyimpulkan bahawa "pemakanan tidak memainkan peranan dalam rawatan jerawat di kebanyakan pesakit ... walaupun sejumlah besar coklat yang dimakan tidak memburukkan lagi masalah jerawat."
 



 




 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...