August 7, 2012

Jenis Homemade Coklat


Kenapa memilih homemade coklat? Kebiasaannya coklat yang dibeli dipasaraya atau kedai seperti Cadbury, Hershey, Ferrero Rocher, Kit-Kat dan sebagainya. Tetapi, homemade coklat lebih unik dan tersendiri, menarik serta sedap. Coklat ditempah dan boleh disesuaikan dengan citarasa pembeli, dimana mereka boleh memilih perasa, warna atau corak yang disukai. Harganya mungkin agak mahal kerana dibuat dengan kuantiti yang sedikit berbanding pengilang, tetapi sedap kerana kebanyakan pengusaha homemade coklat tidak menggunakan coklat masakan tetapi menggunakan coklat couveture atau compound. Dibawah terdapat beberapa jenis coklat yang hanya boleh dibeli dari pengusaha homemade coklat.

1. LOLLICHOC adalah lolipop coklat atau chocolate in a stick, mempunyai batang atau pemegang yang memudahkan menikmati coklat tanpa mengotorkan tangan. Lebih ‘fun’ dan sesuai untuk kanak-kanak. Sesetengah bentuk sangat menarik dan boleh diwarnakan dengan pelbagai warna pada setiap batang lolichoc.

2. Pada asaasnya, PRALINE ialah konfeksi yang dibuat daripada kekacang seperti badam atau hazelnut  yang disalut dengan sirap gula. Bermula di France, badam yang disalut dengan caramelized sugar, dikisar dan dicampur ke dalam coklat. Belgian Praline, juga dikenali sebagai "Belgian chocolates" atau "chocolate bonbons", mempunyai kelongsong coklat yang keras dengan inti lembut didalamnya seperti pes kekacang , marzipan, butter atau coklat berbeza.Di America pula, praline dihasilkan dengan menggabungkan gula perang, butter dan krim, dimasak hingga keperangan dan pekat, kemudian dibentuk menggunakan sudu diatas dulang.  

3. CHOCOLATE TRUFFLES ialah coklat yang berintikan soft filling atau ganache. Truffles dibuat dengan mencampurkan whipped cream dengan coklat , dibentuk bulat-bulat  dan disadur dengan coating. Truffles juga boleh diperasakan dengan menambah kekacang, ekstrak atau puri buah-buahan, kopi, rempah atau buah kering. Bagi coating pula, biasanya truffle disadur dengan serbuk koko, tetapi sekarang terdapat pelbagai jenis coating yang digunakan seperti kekacang, kelapa kering, coklat yang ditempa atau gula aising.



Selain lollichoc, praline & truffles, terdapat juga Oreo Chocolate, Love Box & coklat berbentuk masjid yang akan ditulis di next entry..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...